Thursday 7 July 2011

KL Gangster..MANTOOPPP..!!!!

Tak dapat dinafikan filem ini tersangatlah mantap dengan aksi-aksi yang cukup berkesan. Mungkin formula untuk tidak memasukkan elemen kisah cinta dalam filemnya kali ini agak menjadi dan sekaligus membuatkan KL Gangster mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi, kepada yang masih belum menonton, apa lagi mau tunggu? Kasi tengoklah brader! All the best Syamsul Yusof!


Saturday 2 July 2011

JAMAL ABDILLAH BELA ANAK IKAN?

Jamal Abdillah dengarnya membela anak ikan. Oh! Buat projek pembenihan anak-anak ikan Arowana rupanya, atau dikenali juga sebagai ikan naga. Dengarnya benih anak-anak ikan ini sedia untuk dieksport ke Dubai dan Hong Kong. Semoga berjaya Jamal Abdillah, maklumlah hasil dari dunia seni ini pun bukanlah menentu sangat. Kadang-kadang ada, kadang-kadang miss soru...huhuhu.

Thursday 16 June 2011

DATUK SITI DAFTAR DIRI JADI ASKAR

Isteri kesayangan Datuk K itu telah mendaftarkan diri sebagai anggota askar Wataniah. Baguslah, itu lah semangat cintakan negara. Semangat cintakan negara beginilah yang perlu ada di dalam setiap anak watan kita. Tapi sanggupkah Datuk berkawat di tengah-tengah rembang mentari, di sergah-sergah oleh pak sarjan misai tebal dalam pasukan keamanan negara nanti? Hmmmm..

Wednesday 15 June 2011

PENGARAH FILEM JUTAWAN MUDA

Kutipan berjuta-juta ringgit setelah filemnya disiarkan di pawagam-pawagam sekitar negara menjadikannya seorang jutawan muda tanahair. Syamsul Datuk Yusof Haslam boleh berbangga dengan pencapaiannya itu. Mungkin formula beliau menjadi kali ini dalam memancing citarasa penonton filem-filem Melayu. Tahniah, sekurang-kurangnya beliau mampu membuktikan generasi pengarah muda jangan di pandang sebelah mata sahaja.

Tuesday 7 June 2011

JUAL BANGLO RM1 JUTA...?

Penyanyi terkenal Mawi, khabarnya menjual sebuah banglo miliknya di Bangi dengan harga RM1 juta, menurut suatu sumber. Kenapa agaknya beliau menjual banglo itu? Tidak lah pula kita ketahui ya. Mungkin juga Mawi mempunyai strategi dan perancangan hartanah tersendiri. Buat perniagaan jual beli hartanah pula ke Mawi?

TIADA LAGI PERSEMBAHAN KRU

Menurut satu sumber, KRU tidak akan membuat apa-apa persembahan lagi selepas ini. Mungkin juga 3 beradik ini ingin memberi tumpuan kepada urusan perniagaan mereka yang semakin pesat setelah siapnya studio KRU di Cyberjaya itu.
Tidak mengapa, semoga mereka terus menyumbang kepada kemajuan industri hiburan tanahair.

Monday 6 June 2011

BUKAN PUBLISITI MURAHAN-SALIH YACCOB

Selebriti 4 isteri, Salih Yaccob berlepas ke Beijing, China dengan empat isterinya bersama tujuh daripada 11 anak sempena percutian bersama 40 peminat yang dianjurkan Asmadi Group Travel & Tours Sdn. Bhd.semalam. Semoga bahagia berkekalan hendaknya keluarga besar abang Salih Yaccob. Beliau juga sempat menyatakan perkahwinannya dan pemergiannya ke Beijing bersama seluruh keluarga bukanlah untuk mencari publisiti murahan. Mungkin juga inilah tanggungjawab demi kebahagian keluarga beliau.

Awal Ashaari Sudah Bertunang?

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari sudah menukar statusnya di laman sosial FB dari Single kepada Engaged...? Sudah bertunangkah beliau dengan kekasihnya, Scha Al-Yahya...? Biar betul ni Awal? Tiba-tiba saja tanpa maklumam kepada semua terutama peminat.

Sabar dulu, sebenarnya menurut satu sumber, beliau saja suka-suka tukar statusnya di FB itu, nak gurau-gurau katanya. Mungkin juga nak tengok respon di luar sana terhadap penukaran status tersebut. Hai...Awal..perkara begini janganlah di gurau-guraukan.

Sunday 5 June 2011

SERENA HAMIL LAGI..

Pelakon, pengacara dan juga anak kepada selebriti masakan terkenal bertaraf antarabangsa, Chef Wan, mengandung anak kedua. Syukurlah, hasil perkongsian hidup dengan suami,Gavin Edward O’luanaigh, mereka dikurniakan anak pertama, Tristan Tareef. Agak-agaknya cahayamata kedua ini puterakah? Atau puterikah? Sama-samalah kita nantikan....

PENYANYI SHAHIR PATAH TANGAN...?

Khabarnya penyanyi baru Shahir AF8, telah jatuh di bilik air dan mengakibatkan tangan kirinya patah, beberapa jam sebelum konsert Pancaindera di Melaka semalam. Walaupun demikian, beliau tetap naik ke pentas untuk menghiburkan ribuan peminat. Begitulah sepatutnya komitmen yang perlu ditunjukkan oleh artis-artis selama berada di dalam industri...

Wednesday 1 June 2011

PIERRE ANDRE KAWIN 2012...?

Pelakon,pengarah dan penerbit, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre ATAU Pierre Andre,khabarnya telah menyatakan akan mendirikan rumahtangga tahun depan. Siapakah agaknya gadis yang bakal mengisi ruang hati jejaka itu?

Pierre masih juga menyembunyikan identiti sebenar gadis tersebut. Sama-samalah kita tunggu kenyataan seterusnya dari Pierre sendiri.

SALIH YACCOB BULAN MADU RM50,000.

Pelakon, pelawak, pengacara terkenal Salih Yaccob memperuntukkan RM50,000 untuk berbulan madu dan membawa keempat-empat isteri serta 11 anaknya bercuti ke China selama lima hari, bermula Ahad ini.

Beginilah yang perlu dicontohi oleh mereka yang bercita-cita ingin pasang 4 isteri. Mampu dalam segalanya. Adil untuk semua. Barulah berkat dan bahagia.

Monday 30 May 2011

ELLY MAZLEIN BAKAL BERGELAR ISTERI

Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 30 atau Elly Mazlein bakal mendirikan rumahtangga bersama insan pilihan hatinya, pengarah Azmi Hata, 36. Ikatan pertunangan dijalankan di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.Semoga jodoh mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Saturday 28 May 2011

SHAHIR MENAFIKAN RCW?

Artis muda Shahir dengar katanya menafikan hubungannya dengan Rozita Che Wan..? RCW pulak baru-baru ini menyatakan mereka berdua rapat. Apakah agaknya hubungan yang sebetul-betulnya di antara mereka berdua ini. Mereka dikatakan pernah keluar menonton dan bermain boling bersama-sama. Walau bagaimanapun, artis muda tersebut menafikan berita itu sekeras-kerasnya. Beliau juga menyatakan sedikit rimas dengan gosip antara dirinya dan RCW.

FIZZ FAIRUS & LIYANA JASMAY

Betul bercintakah mereka berdua ini? Atau sekadar untuk mendapatkan publisiti dalam industri...Jika benar, janganlah dinafikan khabaran ini. Biarlah semua peminat maklum dengan status mereka berdua. Bukan apa, perkara yang baik jika didoakan oleh segenap orang yang mengetahuinya, akan bertambah baik dan berkat lagi akhirnya nanti.Amin.

Tuesday 24 May 2011

Scha al Yahya tak sabar-sabar nk kahwin..Betul ke?

Umum dah tahu yang Scha al Yahya dan Awal ni couple yang sejati dan cocok. Dan usia mereka juga tidak ketinggalan makin meningkat. Scha yang kini berusia 28 tahun mahu menjadikan Awal suaminya dengan segera, maknanya nak kahwin. Namun impian Scha dan juga Awal itu terlalu terbatas disebabkan kesibukkan kerjaya masing-masing. Sampailah tarikh keramat pernikahan mereka berdua belum lagi dimuktamadkan. Kata Scha kat mStar paling awal pun tahun depan.Bagi admin, itu semua bukan penghalang, sedangkan VVIP dan VIP pun kalau nak berhasrat nak kahwin, dorang tetap akan kahwin cepat juga walaupun empayar, tugas, beban kerjaya mereka lebih besar dan berat. Bukan nak sibuk cerita pasal duit nak kahwin ker aper ni, Scha dan Awal pun kaya juga tue, kereta mewah pun ada kan. Admin rasa kalau soal duit, Scha dan Awal mampu, namun kesibukkan mereka sahaja yang membatasi mereka. Ntah lah sibuk macamana la dorang ni sampai tak nak kahwin cepat. Ala, nikah kahwin tue amik masa dua hari jerk, kalau bab-bab perancangan kahwin tue, amik masa seminggu pun dah cukup jah2..

"Memang kami mahu berkahwin, kalau boleh secepat mungkin. Bagi saya, perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Saya bimbang juga kalau lebih lama berkawan, lebih banyak risikonya. Malangnya kesibukan kami menjadi penghalang. Terus-terang, kedua belah keluarga masih belum berbincang dan kami sedang mencari masa yang sesuai. Paling awal pun mungkin tahun depan," kata Scha yang ditemui pada sidang media drama Dunia Kita, baru-baru ini.

Dato' Siti Nurhaliza beli kediaman RM20 juta!!!..WOW!!!

Baru-baru ni kedengaran seperti yang Dato' Siti Nurhaliza membeli Penthouse (bukan majalah porno tue ya) mewah berhadapan KLCC dengan harga RM20 juta (RM20 juta ikut sumber Murai, tapi admin rasa RM2 juta kot terlebih 0 digit)!!. Mak aiiii memang mahal super gila harga dia, rumah banglo pun belum tentu lagi sampai mencecah harga ni. Mungkin disebabkan hartanah kat situ kot yang mahal, apatahlagi pemandangannya super cantik. Dengan keluasan hampir 7000 kaki persegi, kediamanan disitu sudah pun dihuni oleh orang kaya-kaya. Ada yang dikatakan nampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan. Lain lagi ceritanya, tempat kediamaan Siti tue pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award. Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah. kuikui.. pas ni dorang nak bertanding dengan Siti pula..

Saturday 21 May 2011

JAMAL ABDILLAH MENGAMBIL KESEMPATAN?

Satu kenyataan akhbar menyatakan penyanyi Jamal Abdillah selama menginap sebagai salah seorang penghuni di pusat pemulihan Pengasih di sini hanya untuk mengambil kesempatan di atas kemudahan makan minumnya.  Takkan lah sampai begitu sekali kan? Mungkinkah ada pihak-pihak yang tidak senang hati dengan beliau berada di pusat itu...kemungkinan besar jugak kan? Perangai manusia ni macam-macamkan?

Wednesday 18 May 2011

Rozita Che Wan Dengan Shahir?

Dengarnya pelakon Rozita Che Wan sekarang tengah hangat dan rapat dengan Shahir...? Hai...ada apa-apa ke diaorang ni....tapi dengar khabarnya jugak mereka menafikan cite-cite ni..biasa lah..tak kan nak terus-terus mengaku..ye tak...?

Saturday 30 April 2011

Mari cite-cite hal artis...

Salam pertama buat semua...
Anda mengetahui apa-apa jua berita sensasi artis-artis dalam dan luar negara..
Post ke sini dan kita kongsi gosip-gosip itu dengan semua peminat..